Tunjuk perasaan Karakalpak 2022

Tunjuk perasaan tercetus di wilayah autonomi Karakalpakstan di Uzbekistan pada 1 Julai 2022 berhubung cadangan pindaan oleh Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev kepada Perlembagaan Uzbekistan yang akan menamatkan status Karakalpakstan sebagai wilayah autonomi Uzbekistan dan hak untuk berpisah daripada Uzbekistan. Sehari selepas tunjuk perasaan bermula di ibu kota Karakalpak, Nukus, Presiden Mirziyoyev menarik balik pindaan perlembagaan. Kerajaan Karakalpak berkata bahawa penunjuk perasaan telah cuba menyerbu bangunan kerajaan.Walaupun konsesi diberikan oleh kerajaan Uzbekistan dalam mengekalkan autonomi Karakalpakstan, tunjuk perasaan terus meningkat, mengakibatkan sekatan internet di seluruh Karakalpakstan pada 2 Julai, dan Presiden Mirziyoyev mengisytiharkan darurat di wilayah itu.